CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, April 12, 2009

VIDEO

Terdapat dua jenis video iaitu:

Video analog: video yang disimpan dalam bentuk isyarat video televisyen, video tape, filem atau media bukan komputer. Setiap bingkai analog diwakili oleh signal elektrik yang juga dikenali sebagai gelombang analog atau video komposit. Ciri-ciri asas video komposit adalah kecerahan, warna, kotras dan synchronization. Dua piawaian utama bagi video analog adalah Phase Alternating Line (PAL) dan National Television System Committee (NTSC). PAL digunakan di negara Eropah dan negara-negara komanwel, manakala NTSC digunakan di Amerika Syarikat.

Video digital : saiz fail dan kualiti video dipengaruhi oleh :

1.        Kadar bingkai: semakin tinggi kadar bingkai semakin lancar perjalanan sesebuah video

2.        Saiz Imej : dikenali sebagai resolusi ruang. Saiz yang paling sesuai dipaparkan adalah ¼ daripada skrin komputer.

3.        Kedalaman warna : jumlah warna yang dipaparkan akan menentukan kejelasan sesuatu video digital.

Dua jenis pemadatan :

1.        Lossless Compression: proses dimana setiap informasiyang berulang akan diwakili dengan kod. Paparan video juga tidak akan terjejas sekiranya teknik ini digunakan

2.        Lossy Compression: berfungsi dengan memadamkan sebahagian daripada data yang ada pada sesuatu imej. Nisbah pemadatannya adalah jauh lebih baik berbanding dengan lossless compression.

5 piawaian pemadatan dan format video digital iaitu:

1.        MPEG (Motion picture Expert Group)

2.        IVI (Intel Video Interactive)

3.        Cinepak

4.        Apple's QuickTime

5.        AVI (Microsoft Video For Wi

 

AUDIO

Perubahan tekanan udara yang diterima oleg gegendang telinga dan diterjemahkan sebagai signal oleh otak disebut sebagai bunyi. Tekanan udara boleh berubah menjadi tinggi dan rendah. Kekuatan bunyi dikenali sebagi amplitud yang diukur dalam unit decibels (dB). Kadar perubahan tekanan udar pula dinamakan pitch. Ciri-ciri gelombang audio:

            Frekuensi : diukur dengan Hertz (Hz), 1 pusingan = 1 Hz,

Amplitud : intensiti bunyi atau kekeuatan bunyi. Semakin kuat bunyi semakin besar

       amplitud.

Format fail audio : Audio interchange file format ( AIFF dan AIF), Musical instrumen digital interface (MID, MIDI dan MFF), Resource interchange file format (RIFF), Sound (SND), Wave (WAV), Sun Audio (AU), MPEG level 3 ( MP3), Real Audio (RAM atau RA). 

GRAFIK

GRAFIK

Grafik juga boleh ditafsirkan sebagai gambar, lukisan, foto dan garisan. Grafik merupakan salah satu elemen multimedia. Selain teks, grafik juga mampu membuatkan seseorang individu memberi interpretasi terhadap sesuatu gambaran. Disamping itu grafik juga mampu memberi daya tarikan kepada elemen multimedia yang lain. Seperti juga fungsi komunikasi bukan lisan dalam proses berkomunikasi, grafik juga membantu sesuatu maklumat itu disampaikan dengan lebih efektif.

Faktor-faktor yang mempengaruhi kualiti grafik:

1.        Saiz imej: saiz imej diukur dengan unit dot dan pixel. Imej yang bersaiz 20 00 pixel lebih jelas berbanding 500 pixel.

2.       Kedalaman warna(bit depth): imej sekurang-kurangnya mempunyai 2 warna iaitu hitam dan putih, kedalaman warna boleh mencapai 16 juta warna. Semakin tinggi kedalaman warna semakin besar saiz sesebuah fail.

3.       Resolusi: ukuran kualiti output: pixels per inch      (ppi) =resolusi skrin

      dots per inch         (dpi) =resolusi cetakan

      samples per inch  (spi) =resolusi pengimbas

      lines per inch        (lpi)  =resolusi halftone

Terdapat dua kategori grafik iaitu imej vekor dan imej bitmap:

Bitmap

Imej bitmap adalah imej yang terbentuk daripada pixel. Terdapat dua faktor yang memberi kesan kepada saiz sesebuah imej bitmap adalah resolusi (bilangan pixel yang terdapat pada imej) dan kedalaman (keterangan sesebuah gambar). Resolusi yang tinggi akan menghasilkan gambar yang lebih jelas. Tiga kaedah untuk menghasilkan imej bitmap; menggunakan perisian komputer, imej dari skrin (screen capture) dan kamera atau pemgimbas atau video. Kelemahan imej bitmap adalah apabila kita mengubah saiz imej bitmap kualiti imej akan terjejas. Terdapat lima format fail imej bitmap iaitu BMP, PICT, TIFF, GIF, dan JPEG.

Vektor

Imej vektor adalah imej seperti garis, bulatan, segi empat dan imej geometri lain. Imej vektor tidak mengalami perubahan pada kualiti imej jika mengalami perubahan saiz imej. Format fail imej vektor CDR, CGM, DRW, DXF.

 

 

Wednesday, February 11, 2009

Jenis Typefaces



logo typefaces



poem typefaces



Girly typefaces



kid Typefaces


lovely typefaces

Thursday, February 5, 2009

Teks...

Teks merupakan salah satu elemen multimedia yang merujuk kepada huruf, abjad, nombor, dan pelbagai jenis tulisan. dalam media interaktif juga teks turut memaikan peranan penting dalam menyalurkan informasi. selain itu teks juga boleh menjadi lebih menarik jika disertakan dengan elemen lain.

Gambar di bawah menunjukkan contoh penggunaan teks yang telah di reka dengan lebih menarik.


They Kill Us All


Everybody wants to be somebody else 

Everybody wants to be someone they are not wannabe


UNKL


WRNV


Aplikasi Multimedia dalam Bidang Pendidikan Dan Kesihatan









Pengenalan

Multimedia merupakan satu perkara yang amat sinonim dengan persekitaran kita. Televisyen merupakan satu contoh aplikasi multimedia dalam kehidupan, kombinasi elemen multimedia seperti teks, grafik, video, bunyi dan juga animasi menghasilkan program-program di televisyen. Namun sejajar dengan perkembangan teknologi yang pesat, penggunaan multimedia telah diperluaskan dalam bidang pendidikan, pentadbiran, perbankan, kesihatan dan pelbagai lagi.

 Multimedia boleh didefinisikan sebagai gabungan teks, grafik, bunyi, video dan juga animasi yang akan menghasilkan satu hasil yang berkeupayaan interaktif yang tinggi. Jika dilihat dari perspektif sebagai penggunam komputer misalnya, segala paparan komputer itu adalah multimedia. Justeru multimedia merupakan satu kombinasi yang dapat menarik perhatian sewaktu aktiviti komunikasi dijalankan

Aplikasi Multimedia dalam Bidang Pendidikan

Pendidikan merupakan satu bidang yang dilalui oleh semua manusia, namun perubahan teknologi maklumat yang pesat telah membuatkan kaedah pengajaran di sekolah mahupun di universiti dipertingkatkan lagi dengan aplikasi multimedia yang mampu menarik perhatian pelajar terhadap sesuatu maklumat pengajaran. Multimedia juga dapat memudahkan guru untuk menyampaikan maklumat dengan cara yang berbeza dengan cara sebelum ini. Sebelum ini bidang pengajaran di sekolah terhad kepada buku teks, carta minda dan sebagainya, namun dengan elemen multimedia, cara pengajaran itu mampu berubah dengan penambahan seperti bunyi dan juga animasi.

            Multimedia telah memberikan banyak manfaat kepada pembangunan sistem pendidikan. Kemampuan multimedia memberikan pengajaran secara persedirian dapat membantu pelajar mengulangkaji subjek yang telah dipelajari, seterusnya menaikkan motivasi pelajar dengan penjelasan yang menarik . Kini paparan video bermaklumat juga mampu membuatkan pelajar berfikir secara kreatif dan kritis terhadap apa yang dilihat kerana interpretasi seseorang individu itu berbeza antara satu sama lain. kombinasi kesemua elemen itu mampu membuatkan daya ingatan seseorang pelajar itu meningkat kerana animasi, warna boleh menjana pemikiran seseorang pelajar.

 Aplikasi Multimedia dalam Bidang Perubatan

            Bidang kesihatan juga merupakan salah satu aspek yang penting dalam kehidupan seharian kita. Di Malaysia sendiri kerajaan telah melakukan pelbagai usaha dalam menaik taraf sektor perubatan, terutamanya dalam menangani masalah kekurangan pakar kesihatan. Walaupun kini pertambahan bilangan doktor di Malaysia dapat dilihat namun masih tidak dapat menampung bilangan pesakit yang kian bertambah. Justeru dengan perkembangan teknologi maklumat dan multimedia satu aplikasi perdana telah dilaksanakan iaitu Tele-perubatan.  Teleperubatan ialah suatu sistem yang menguruskan dan mengendalikan aspek perubatan secara dalam talian. Secara ringkasnya, ia membolehkan rakyat Malaysia menerima perubatan dari rumah tanpa perlu pergi ke institusi perubatan seperti klinik atau hospital baik institusi perubatan kerajaan mahupun swasta. Pesakit hanya perlu memiliki sambungan ke internet dan pesakit boleh melawati laman web yang menyediakan perkhidmatan rawatan melalui internet. Lawan web ini akan beroperasi secara fizikal di mana-mana kawasan dalam negara. Dari lokasi tersebut, doktor yang bertugas secara dalam talian, akan melayani pesakit yang terhubung dengannya secara persidangan. Persidangan tersebut adalah dalam bentuk audio dan video. Doktor tersebut akan berinteraksi dengan pesakit, dan memberi preskripsi ubat pada pesakit berkenaan. Pesakit tersebut seterusnya boleh pergi ke kedai farmasi berdekatan untuk mendapatkan ubat berkenaan

            Di sinilah dapat kita lihat aplikasi multimedia begitu penting dalam tele-perubatan. Komputer merupakan alat perkakasan yang membantu doktor dan pesakit  berinteraksi. Komputer juga memerlukan elemen multimedia supaya segala penerangan dapat diberikan secara jelas dan tepat sambil meminimumkan masa dan tenaga. Peralatan yang digunakan seperti pengimbas x-ray, CT scan, MRI dan juga ultrabunyi sudah tentu menggunakan elemen multimedia iaitu teks, grafik, video, bunyi dan juga animasi dalam memberikan gambaran kepada doktor untuk melakukan diagnosis.

Dalam bidang teleperubatan juga, kita akan menggunakan doktor pakar yang berada di luar negara untuk membuat diagnosis terhadap pesakit yang berada di Malaysia. Doktor pakar dapat melihat gambar pesakit melalui komputernya yang dipancarkan dari hospital di Malaysia untuk membuat analisis, rujukan dan cadangan rawatan. Sebagai contoh sewaktu doktor ingin memberi penerangan tentang keadaan pesakit dengan bantuan gambar tanpa teks atau audio sudah tentu pesakit membuat pelbagai andaian, begitu juga jika doktor ingin menunjukkan jenis ubat yang perlu dibeli hanya dengan memberi nama ubat tanpa gambar juga menyukarkan pesakit ingin mengenalpasti rupa bentuk ubat tersebut.

Kesimpulan

             Kesimpulannya multimedia penting kepada bidang teknologi komunikasi maklumat serta perkakasannya. Tanpa elemen multimedia sudah tentu sesuatu maklumat itu sukar untuk ditafsir dengan betul dan juga mampu menaikkan motivasi dan ingatan manusia dalam menerima satu maklumat. 

Saturday, January 10, 2009

Tanpa Tinta, Penulisan ini Bermula...



Assalamualaikum..

Saya Suraya bt Mizar Azmi, berumur 21 tahun dan masih menuntut di Universiti Utara Malaysia dalam jurusan Komunikasi.

Dilahirkan pada 26 November 1987 pada 1.27 petang di Hospital Besar Kuala Pilah. Saya mula bersekolah di Tadika Kemas Kuala Pilah, seterusnya sekolah rendah di S.K. Kuala Pilah, S.K Taman Melawati 2, S.K Seri Sikamat, S.K Methodist, dan pendidikan di peringkat menengah di Tunku Kurshiah School Kuala Pilah.

Saya mempunyai 6 ahli keluarga yang terdiri daripada En Mizar Azmi (ayah), Pn Hanati Ramli (mak), Herman Mizar (abang), Adi Mizar (abang), Fathihah (adik).

SURAYA dalam bahasa parsi bermaksud puteri, justeru saya seorang yang sangat manja, dan ceria jika berada dalam kelompok keluarga dan teman rapat. Sesuatu yang amat mengelirukan saya adalah saya pendiam dan peramah. Saya boleh menjadi terlalu pendiam jika berada dalam situasi yang baru dan peramah jika dapat menyesuaikan diri. saya boleh menjadi terlalu pemalas dan terlalu rajin bergantung kepada emosi saya. saya suka mencuba dalam bidang masakan, dan juga saya suka memasak. tetapi sifat buruk saya adalah saya tidak suka mencuci pinggan mangkuk. Kelebihan dan keburukan saya merupakan keunikan diri saya, setiap individu mempunyai kelebihan dan keburukan yang berbeza untuk menjadikan diri kita unik di mata orang lain.

BLOG merupakan sesuatu perkara yang telah lama saya kenal, hobi saya juga adalah membaca blog individu lain. Namun untuk menulis blog merupakan perkara baru bagi saya. Subjek Media Integratif di bawah bimbingan Puan Nurin menjadikan saya sebagai penulis blog yang baru, blog ini merupakan blog formal bagi kami untuk menghantar tugasan yang diberikan oleh Puan Nurin. Pemantaun secara terus dari semasa memudahkan beliau memeriksa tugasan kami dengan mudah.

Alhamdullilah, berkat bimbingan beliau saya sudah mempunyai blog, dan telah mengalami beberapa perubahan daripada maklumat yang telah diberikan. Semoga Allah s.w.t sentiasa melindungi saya dan memberkati setiap tugasan saya. Amin..
.