CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, January 10, 2009

Tanpa Tinta, Penulisan ini Bermula...



Assalamualaikum..

Saya Suraya bt Mizar Azmi, berumur 21 tahun dan masih menuntut di Universiti Utara Malaysia dalam jurusan Komunikasi.

Dilahirkan pada 26 November 1987 pada 1.27 petang di Hospital Besar Kuala Pilah. Saya mula bersekolah di Tadika Kemas Kuala Pilah, seterusnya sekolah rendah di S.K. Kuala Pilah, S.K Taman Melawati 2, S.K Seri Sikamat, S.K Methodist, dan pendidikan di peringkat menengah di Tunku Kurshiah School Kuala Pilah.

Saya mempunyai 6 ahli keluarga yang terdiri daripada En Mizar Azmi (ayah), Pn Hanati Ramli (mak), Herman Mizar (abang), Adi Mizar (abang), Fathihah (adik).

SURAYA dalam bahasa parsi bermaksud puteri, justeru saya seorang yang sangat manja, dan ceria jika berada dalam kelompok keluarga dan teman rapat. Sesuatu yang amat mengelirukan saya adalah saya pendiam dan peramah. Saya boleh menjadi terlalu pendiam jika berada dalam situasi yang baru dan peramah jika dapat menyesuaikan diri. saya boleh menjadi terlalu pemalas dan terlalu rajin bergantung kepada emosi saya. saya suka mencuba dalam bidang masakan, dan juga saya suka memasak. tetapi sifat buruk saya adalah saya tidak suka mencuci pinggan mangkuk. Kelebihan dan keburukan saya merupakan keunikan diri saya, setiap individu mempunyai kelebihan dan keburukan yang berbeza untuk menjadikan diri kita unik di mata orang lain.

BLOG merupakan sesuatu perkara yang telah lama saya kenal, hobi saya juga adalah membaca blog individu lain. Namun untuk menulis blog merupakan perkara baru bagi saya. Subjek Media Integratif di bawah bimbingan Puan Nurin menjadikan saya sebagai penulis blog yang baru, blog ini merupakan blog formal bagi kami untuk menghantar tugasan yang diberikan oleh Puan Nurin. Pemantaun secara terus dari semasa memudahkan beliau memeriksa tugasan kami dengan mudah.

Alhamdullilah, berkat bimbingan beliau saya sudah mempunyai blog, dan telah mengalami beberapa perubahan daripada maklumat yang telah diberikan. Semoga Allah s.w.t sentiasa melindungi saya dan memberkati setiap tugasan saya. Amin..
.